Thursday 8 November 2012

hati ini..

dah lama tak bercerita..hanya laman ini sahaja aku dapat meluahkan segala yang terpendam sekian lama.maybe bukan untuk semua tapi cukuplah sekadar dapat meluahkan perasaan. Mungkin pada dasarnya orang akan lihat seperti aku biasa sahaja, tapi dalam hati ni hanya aku yang tahu. perubahan ini buatkan aku rasa lemah sebenarnya, bukan tak mampu tapi perasaan ingin disayangi,dimanjai dan tempat berlindung ibarat hilang. mungkin orang lain tidak dapat nak memahami apa yang aku rasakan tapi aku dapat merasakan kesakitan yang makin lama aku rasai. Kadang-kadang aku buntu mengapa cinta boleh buat aku jadi macam ni.bertindak mengikut kata hati dan tidak mempudulikan apa yang berlaku. Payah sebenarnya bila aku mula menaruh harapan yang tinggi tapi tiba-tiba ia hilang dan musnah cam tu sahaja. Memang pada dasarnya aku mampu tok menghadapi ini semua tapi apabila perasaan itu datang, aku jadi pasrah. Tambahan pula aku terlalu bergantung harap padanya, terlalu percaya padanya, bagiku dia adalah penwar dan jugak racun buat aku. Memang aku masih ada family yang sangat menyanyangi dan menyokong aku, tapi kehadirannya lebih melengkapkan hidup aku. Seharian tanpanya rasa bagai tak kena dan bayangkan kalau tiada lagi bersama, apalah lagi. kadang-kadang selalu menyesal pada diri kerana terlalu mudah menyanyangi orang dan terlalu mudah membiarkan diri disakiti. Rasa rindu selalu datang apabila bersendirian dan apabila masalah yang memang tak dapat nak diceritakan even pada rakan baik sendiri. ada masanya dia amat aku perlukan. aku masih terkenang akan segala kenangan dan aku susah untuk melepaskan segalanya dari ingatan. aku takut adakalanya terjaga waktu malam dan tak ada siapa yang mendengar dan sudi meluahkan rasa ini. dulu dia sering menemani sampai aku tertidur semula. adaklanya apabila petir kuat aku sering bersama dengannya,dia pasti xkn biarkan aku ketakautan keseorangan. Kini, segalanya harus aku hadapi kini seorang dan aku tau kdg2 aku kalah dengan perasaan. sampai bile hati ini mahu sembuh??? aku selalu berdoa satu hari nanti aku dapat bertemu jodoh dgn lelaki yang boleh menerima aku seadanya, tidak mengkritik dan mempersendakan aku sewenangnya. kalau boleh biarlah aku cube meraih kekuatan hati ini dahulu tapi aku selalu hilang arah ditengah2.kadang2 pernah rasa putus harapan utk belajar tapi aku tau aku xkn kemana kalau aku berhenti sekarang, aku yang patutnya lebih kuat dalam menghadapi situasi ini.perasaan aku ini pasti terusik jika ada sahaja benda yang berkaitan dengan dia. imej dia, cara percakapannya, cara senyum, ketawa masih aku ingat semua itu dan aku masih merindukannya.sayangnya, aku harus melepaskan semua itu. aku sedar yang memang cara aku salah dan kejam terhadap dia, tapi aku yakin dia mampu menjadi lelaki yang baik dr sebelumnya. aku yakin dia mampu sebab aku kenal dia. segalanya tentang buruk dan baik dia. dah nak dekat 5 tahun kami bersama, aku sangat memahami dan mengerti perasaannya. sebabkan perpisahan ini juga, aku merasakan jiwa aku turut mati. bagi aku cinta itu sudah kabur dan xnampak lagi dimana cerianya. aku berharap akan ada kesudahan yang baik untuk kami. aku sentiasa mendoakan kejayaannnya dari jauh. aku sangatlah berasa bangga jikalau dia menjadi orang yang berjaya satu hari nanti. :)

No comments:

Post a Comment