Monday 3 October 2011

janjimu itu racunku

Aku termenung di jendela kamar. Ingatanku melayang jauh memikirkan tentang Ashraff yang tidak kunjung tiba.
Hatiku dihimpit kegelisahan. Sejenak aku terimbau kembali kenangan sewaktu aku masih bersamanya.
"Ash....u janji akan datang kan?"
"Misya...i promise i pasti akan pulang,
jangan risau ye sayang?"
Aku masih menanti bayangnya saban hari. Aku kegelisahan memikirkan akan kepulangannya,
Benarkah Ash akan menepati janjinya padaku?
Kini genap 2 tahun, Ash masih tidak pulang.Aku masih setia menagih janjinya padaku. Sedikitpun tidak ku berikan ruang di hatiku untuk berasa sangsi kepadanya. Rakan-rakan sepejuanganku semuanya sudah mula membina kerjaya masing-masing. Ku masih disini setia menanti walaupun ku tidak pasti sampai bila.
Tidur malamku  berendam airmata memikirkan ketidakpulangan Ashraff.
Aku sanggup menolak segalanya demi Ash. Disebabkan janji itu, aku menolak tawaran belajar ke U.S. Aku menerima tawaran belajar di UM dalam jurusan perniagaan.Aku rela sebab aku yakin Ash pasti akan pulang kepadaku.Mama dan ayah sudah tidak mempedulikanku kerna katanya aku terlalu bodoh  kerana terlalu percaya dengan janji manis lelaki. Aku menelan semua itu dengan redha. Ku tahankan hati yang sedih apabila orang mengata dibelakangku. Tidak langsung ku pedulikan kerna ku sudah nekad dengan keputusanku.
Tapi, bila dalam keadaan begini, hatiku mula berdetik yang tidak enak mengenai Ash. Sudah puas kusangkal jauh2 andaian itu tapi ia tetap datang menganggu fikiranku.
Ini semua gara2 sekeping poskad dari Perth,Australia. Hatiku melonjak kesukaan apabila melihat sekeping surat pos berdaftar yang datangnya dari negara kangaroo itu.Lantas aku membukanya,tetapi alangkah terkejutnya aku apabila  diatas sekeping poskad itu dititipkan bersama gambar perkhawinan Ash dengan seorang minah salleh namanya Sara. Menggigil rasanya badanku ketika itu.Berita yang ku harapkan ternyata memberi tamparan hebat dalam hidupku.Aku seperti tidak terasa berpijak di bumi saat aku membaca nota yang terselit di poskad berserta gambar itu.
"kehadapan Misha,
 semoga sihat hendaknya. Maaf jika surat ini menggangu perasaanmu.Ash hanya nak minta supaya Misya merestui hubugan kami. Ash tak berniat nak lupakan janji kita tapi Ash tak mampu nak menghalangnya.
Maafkan Ash sayang, Ash harap Misya akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari Ash.Ash harap Misya masih sudi jadi kawan Ash bila Ash pulang Malaysia nanti?:)
salam perantauan,
Ash dan Sara.
Aku terduduk. Lama aku membiarkan diriku kebasahan dalam gelodak perasaan. Ya Allah, sakitnya hatiku bila dilukai sebegini.Ku terasa kudratku makin lemah untuk melangkah. Aku terasa bagaikan sembilu menusuk keseluruh urat nadiku. Betapa kejamnya kau, Ash! Sanggup kau biarkan aku merana sebegini. Aku sanggup mengenepikan perasaan mama,ayah, dan kawan2 ku demimu. Tapi, ini balasanmu terhadapku. Kau sangat kejam,Ash! Aku membiarkan airmata bercucuran membasahi pipiku.Tidak ku pedulikan akan mata-mata  yang melihat kearahku. Orang boleh kata apa saja mereka mahu tapi sakitnya aku yang merasakannya.
Aku terduduk kelesuan memikirkan nasibku. Tanpa aku sedari, selami ini ada yang memerhatikan gerak-geriku. Aku dapat merasakan ada seseorang yang menjagaku dari belakang. Tapi tidak ku pedulikan semua itu. Aku lantas bangkit dan bergerak masuk ke kolej ku. Aku mandi dan aku memohon doa agar Allah memberikan aku kekuatan untuk meghadapi dugaan ini. Aku nekad untuk bangkit semula dari kegagalanku. Tidak akan ku biarkan diriku dipermainkan lagi buat sekian kalinya. Cukuplah ku sudah serik untuk melaluinya lagi.
Aku mula bangkit dari kegagalan aku semula.Aku cuba melupakan kesedihanku dengan menyertai pelbagai aktiviti universiti yang disediakan. Dengan cara itu, aku dapat melepaskan diriku daripada bebanan perasaan yang menyesakkan dadaku. Aku berjanji pada diriku aku tidak akan mengecewakan harapan mama dan ayah  lagi. Cukuplah dengan kebodohanku yang mudah sangat percaya dengan impian yang Ash pernah berikan suatu masa dulu.
5 tahun berlalu, aku kini sudah berjaya dalam kerjayaku. Aku menjadi seorang insan yang berani menempuh segala dugaan. Sejak kejadian itu, nama Ashraff telah kubuang jauh2 dalam diari hidupku. Aku hanya berharap satu hari nanti aku akan bertemu dengan jodohku. Aku memiliki kedai kek ku sendiri. Semua ini adalah hasil titik peluhku untuk memiliki kedai kek sendiri. Kini, aku sudah berjaya menggapainya. Mama dan ayah ternyata bangga denganku. Aku sedikit sebanyak menyedari yang cinta tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan.
Aku bagai tersedar dari mimpi yang panjang. Aku tidak lagi menangisi segala kekesalan yang ada malahan aku makin gigih mengembangkan perniagaanku. Aku ingin menjadi salah satu kedai kek tersohor di Malaysia.
Kini, aku bahagia bersama suami dan 2 orang anakku, Haiqal dan Annisa.Sesungguhnya jodoh datang tanpa dipinta. Suamiku,Zafrey seorang arkitek. Aku mengenalinya sejak aku di UM lagi. Dia banyak mengajarku erti kehidupan sebenar. Selami ini, dialah yang sering memerhatikan gerak-geriku. Dia tahu segalanya mengenai masa silamku. Dia tetap tidak putus asa meniupkan semangat kedalam jiwaku agar terus berjaya dalam hidup. Aku berterima kasih kepadanya yang sanggup melalui pahit manis dan getir hidup bersamaku. Sesungguhnya, aku kini bahagia dengan jalan yang ku pilih. Aku bersyukur diberi kesempatan untuk merasai nikmat indahnya bercinta walaupun aku hampir sahaja merasakan betapa cinta sangat menyakitkan. Aku mendapat tahu dari kenalan lamaku yang Ashraff kini sudah bercerai dengan isterinya lantaran isterinya yang tidak mahu mengikut cara ketimuran gadis Melayu. Aku berharap satu hari nanti Ash akan berjumpa dengan suri hidupnya yang baru.
Hidupku yang dulunya sirna kini mula disimbahi cahaya kegembiraan diwajahku. Sesunguhnya aku percaya yang Allah tidak akan menurunkan sesuatu dugaan itu kalau kita tidak mampu untuk menghadapinya. Aku bahagia dengan hidupku sekarang bersama suami dan anak-anakku. Terima kasih sayangku, Zafrey!


*sorrylaa if cite ni xbest..saje je nk nk asah bakat....dah lama x wat cerpen...dah lupa laa..hehe...semoga korunk enjoy and dpat amik sdikit sbnyak pengjaran dari cite nie!
amaran: cite ni adalah rekaan semata2...xde kne mgena dgan sesiapa..ok?
so enjoy!!!!:)

2 comments: