Hati yang resah merimaskan. jiwa rasa sebak sebab ada masa kita tidak mampu meluahkan.ada masa memakan hati dan sanubari.melalaikan jiwa dan buat kita terpinga-pinga.aku berada di situasi yang aku tiada arah tujuan.aku kaku terdiam tanpa dapat berkata-kata.aku berserah kepadanya atas segalanya.mungkin ini dugaan buat aku yang lemah ini.aku hilang punca dan arah
Hati bersedih dan berduka. terkandung beban yang maha berat.Hati sentiasa berusaha mencari secebis kedamaian supaya lebih yakin dapat meneruskan hidup. ada masa Hati kalah dengan perasaan,nafsu, dan lumrah alam yang melalaikan.Hati sering menangis kesepian meminta secebis pengharapan agar ada yang masih mahu mengerti.ada masa Hati tersenyum gembira tapi tidak lama. senyum cik Hati sering pudar ditelan dugaan. cik Hati bersabarlah....
Kadang-kadang Hati rasa pasrah.makin banyak laluan yang Hati lalui makin banyak onak duri.Hati rebah bersama air mata. cik Hati tidak mampu berdiri megah seperti dulu kerna Hati terlalu rapuh. Hati tidak dapat sokongan dan nasihat dari cik Perasaan.selalu ada yang menghalangi diri Hati dari menerima secebis bahagia. bilakah cik Bahagia nak datang menceriakan cik Hati?
Cik Hati melalui banyak perkara.cik Hati berjumpa banyak perkara dalam sehari.Hati melalui dengan sabar.Hati tak pernah mengeluh malahan bersyukur masih ada cik Kasih,Sayang,Rindu di dalam hidup Hati.Hati masih bersyukur sebab dapat peluang mengenali mereka. cik Hati takut dengan apa yang bakal ditempuhi. cik Hati makin jauh dari kelompok Hati. makin pudar warnanya Hati. kadang-kadang risau bilakah warna Hati akan terang semula seperti masih baru sehari diperkenalkan Hati.
masihkah ada ruang untuk cik Hati?